Saturday, January 30, 2010

ORANG MELAYU MAKIN TERSEPIT


[brader] ORANG MELAYU MAKIN TERSEPIT
...
Fri, January 29, 2010 11:24:21 PM
From:
aziz din
...
Add to Contacts
To: brader


Bersama ini disertakan satu pandangan ikhlas dari seorang rakyat marhaen.

Asalamulaikum semua

Saya suka berada dengan sahabat sekelian kerana banyak ilmu dan
pengalaman yang saya dapat dari sini.

Saya ingin mengajak sahabat sahabat untuk berfikir tentang apa yang
kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu didalam tanah
air sendiri menjalani kehidupan seharian. Akhir-akhir ini kita
dihempap dengan berbagai masalah baik dari segi sosial, ekonomi dan
status kita sebagai bangsa Melayu yang menjadi tuan punya negara yang
dinamakan Malaysia.

Kita makin tertekan dengan kenaikan harga barang keperluan. Jika
barang mewah atau barang kurang perlu naik harga tak lah kita kisah
sangat. Tetapi barang makanan semakin naik harga. Gula, tepung dan
beras yang terkawal harganya naik sedikit demi sedikit. Caj
perkhidmatan seperti tol , pengangkutan dan lain-lain juga turut naik.
Bank juga semakin tidak bertimbang rasa. Kalau dulu kereta cuma akan
ditarik selepas 4 atau 6 bulan kini tak sampai 3 bulan sudah kita
terima akibatnya. Pinjaman juga semakin susah untuk diperolehi.
Peniaga makin kekurangan modal lalu pelanggan menerima akibatnya.

Orang Melayu kini tidak lagi mudah untuk berurusan dengan
bangsa-bangsa asing yang berendapatan tinggi. Orang Cina sudah tidak
lagi berminat untuk sewakan premis mereka kepada orang Melayu. Bagi
peniaga pula sangatlah susah untuk mendapat kredit jangkapanjang dari
pembekal barangan dagangan dari bangsa asing. Orang Melayu sudah
dikategorikan sebagai bangsa yang tercorot dalam carta golongan yang
boleh diberi kemudahan untuk perniagaan.

Pekerja menerima upah yang rendah berbanding dengan perbelanjaan bagi
menguruskan kehidupan. Gaji 2 ribu sebulan sudah tak ada nilainya
lagi. Kakitangan kerajaan yang sebelum ini boleh dikatakan sebagai
pekerja yang selesa dari segi upah dan gaji kita hanya cukup makan.
Akibatnya rasuah berleluasa. Nak minta borang pun kadang kadang kena
ada under table, belum lagi memohon kelulusan.

Orang Melayu hanya nampak bergaya dari segi kulit luaran. Mereka
sebenarnya hidup atas belas ehsan bangsa pendatang. Jika makan gaji
hanya cukup makan. Nak berniaga mana nak dapatkan modal ? . Nak
harapkan kementerian pembangunan usahawan sudah pun kena pancung. Nak
harapkan Tekun, mereka pun sudah kering tabung. Nak harapkan MARA
entah bila wang akan turun. Nak harapkan SMIDEC , setelah diitukarkan
nama kepada SMICorp hala tujunya bukan lagi untuk bantu orang Melayu.

Makin tertekan hidup rakyat Melayu ditanah tumpah darah mereka
sendiri. Bangsa asing kini menguasai semua sektor ekonomi. Harga
barang dan perkhidmatan bukan lagi ditentukan oleh kerajaan tetapi
dikawal oleh pedagang-pedagang bangsa asing yang dulu hanya menumpang
mencari rezeki ditempat kita.

Dimana orang Melayu selepas ini ? Bergerai dipinggir-pinggi jalan.
Menjual nasi lemak dan goreng pisang. Perniagaan apa orang Melayu
selepas ini ? MLM dan direct selling dan bergantung pada logo halal
dan kesucian barangan buatan muslim. Mengharap tender-tender kerajaan
yang semakin hari semakin kurang. Berebut satu tender hingga 200 ke
300 syarikat mengambil bahagian. Setelah dapat , jika ada modal memang
tak mencukupi. Pergi ke bank untuk ambil pinjaman, macam-macam alasan
dan syarat dikenakan hingga terpaksa meminta dan merayu macam
pengemis. Selepas beberapa ketika pinjaman tak diluluskan. Akhirnya
menggadai projek kepada syarikat bangsa asing. Jadi apa dengan
syarikat Melayu bumiputera itu ? Sekadar dapat menambah senarai
pengalaman menjalankan projek didalam profail. Pengarah dapat sedikit
habuan dari jualan projek, kakitangan semakin dikurangkan kerana
mereka tidak lagi diperlukan.

Kemana kita selepas ini ? Terus mengemis di tanah air sendiri ? Wang
kita sudah terkumpul sepenuhnya ditangan bangsa yang dulunya menumpang
disebelah rumah kita. Melayu nak buat apa sekarang ? Berdebat di
stadium, berebut jawatan. Bercakap degar-degar di TV di radio.
Berhujah tentang ketuanan Melayu . Tuan apa bendanya ? Tuan kepada
orang Melayu sendiri ? Tapi tanah air sendiri bertukar tangan. Tuan
kita bukanlah lagi orang kita.

Jika berhujah mengenai agama seolah-olah kita adalah paling Islam dari
orang Islam yang lain. Golongan itu tak betul golongan ini tak betul.
Fahaman itu tak betul, fahaman ini tak betul. Tercapailah hasrat para
kapitalis untuk meletakkan orang Islam didalam kelompok mereka sesama
Islam untuk berdebat dan berhujah mengenai agama mereka. Soal ekonomi
dan sosial dilepas pandang. Akhirnya orang Melayu Islam terperosok
dalam surau dan masjid, terus menerus berdebat mengenai fahaman dan
amalan.

Selepas penat berdebat dan berhujah keluarlah beramai-ramai menjamu
selera di kedai India. Sebelum balik kerumah singgah membeli barangan
keperluan keluarga di kedai Cina.

Nak kemana kita selepas ini ? Dimana nak letakkan anak cucu kita selepas ini ?

Mari kita buka minda dan bincang.....

Maaf jika ada yang tersinggung atau yang terasa.

Wasalam
__._,_.___