MUHASABAH DIRI
Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian. “Oh, baru pukul 3 pagi.”
Dalam situasi seperti di atas, apa yang akan anda lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak.
Pilihan 1
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episode kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel, “Apasal la aku bangun awal sangat,” Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.
Pilihan 2
“Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya Allah, ampunkan dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang berjuangan untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.” Kemudian sambung kembali ‘ ibadah senyap’
Pilihan 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan bedoalah saat doa didengari Allah.
Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah...
'TEPUK DADA, TANYA IMAN'
Tiap hari kita makan, tidak kira apa jua makanan yang kita makan kita tetap makan. Awal pagi untuk sarapan, tegahari untuk jenis makanan yang berat, ada kala minum petang dan selanjutnya disambung dengan makan malam. Pandang dan toleh lah kanan dan kiri kita, fikirkan sejenak "adakah sipulan bin sipulan itu sudah makan hari ini?". Jika jiwa ini diberi makanan yang secukupnya, tidak kah kita terfikir sejenak, apakah makanan rohani kita seharian. Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa ikhlasnya kita dalam diri kita sendiri.
ReplyDelete-TEPUK DADA, TANYA IMAN-
saya pun terkadang menyesali saat pukul 3 pagi terlewati..dan selalu berjanji pada diri sendiri untuk memulai nya lagi...bermunajat pada 4JJI Sang Penguasa Bumi....dan Hati...
ReplyDeleteSebuah hadis berasal daripada Abi Maalik al-Asy’aari r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Bersuci dengan berwuduk itu sebahagian daripada iman; ungkapan Alhamdulilllah itu memenuhi neraca timbangan; ungkapan Subhanallahi itu memenuhi keduanya segala langit dan bumi, solat itu adalah nur, sedekah itu adalah bukti, sabar itu sinar cahaya dan al-Quran itu sama ada hujan bagi pihakmu atau bagi pihakmu atau bagi menentangmu.” (Riwayat Muslim)
ReplyDelete